Setiap
manusia ingin Terlihat tampan,cantik dan sehat, terutama sekali para wanita
yg suka dengan kecantikan. awet muda bukanlah bertujuan untuk
menafikan fitrah kejadian manusia, peredaran masa yang sememangnya menjadikan
manusia semakin tua, yakni yang telah Allah tetapkan buat hambaNya. Kita tidak
mengubah, tetapi memelihara, menjaga serta mensyukuri nikmat Allah Maha Hidup Yang Tak Pernah Tidur
,dan Maha Pencipta.
Berikut
ini adalah beberapa nasehat untuk awet muda cara Islami.
2 : Sejurus bangun pagi,sebelum
mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat
dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang
boleh jadi ubat.
3 : Amalkan memotong kuku atau rambut
pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan
menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
4 : Semasa berdandan di waktu
pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke
muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi
Yusuf. Amalkan
5 : Untuk melihat wajah kita
agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas.
Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff,
kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan
muda daripada umur sebenar kalian.
6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah
Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan
dari kepala.
7 : Amalkan bangun pagi dan
mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan.
Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan
menjadi sihat serta awet muda.
8 : Amalkan mandi air telaga
sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain
mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu
ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni
kalau kalian ada air telaga la yer.
9: Muka kita biasanya akan berminyak
selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah.
Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut
(dagu).
Pusingkan
jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan
setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi.
Perlu
diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia
akan mempercepatkan proses kedutan.
kata-kata
atau cara awet muda ini sekadar berbagi yang bisa diamalkan. InsyaAllah dengan
izinNya ia berkesan untuk memberikan wajah berseri dan awet muda.Aamiin
Praktekkan
& yakin dengan Allah Maha Pencipta. Yang penting niat kita baik
tentunya,wassalam
Tidak ada komentar:
Posting Komentar